Pages

Thursday 7 March 2013

Apa itu Noni?

Buah noni yang masih putik
Buah noni yang masak
Noni adalah buah yang dihasilkan oleh Pokok Mengkudu (Nama botaninya Morinda spp). Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji).

Di Malaysia terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu pokok Mengkudu Besar ("Morinda citrifolia Linn."), pokok Mengkudu Kecil ("Morinda Elliptica Ridl") dan pokok Mengkudu Akar ("Morinda Umbellata").

Pokok Mengkudu dikenali sebagai pokok herba tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89.1 gram (g), protein 3.9 g, lemak 0.6 g, karbohidrat 2.2 g, serat 3.o g, kalsium 114 miligram (mg), fosforus 14 mg, ferum 2.8 mg, natrium 18 mg, kalium 234mg, karotena 3619 ug, vitamin A 603 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg niasin 1.0 mg vitamin C 115 mg.

Daunnya berukuran 15 - 25 sentimeter (sm) panjang, 6 - 10 sm lebar dan berwarna hijau muda. Bunganya kecil, bentuk cerombong, berwarna putih, tumbuh di kepala bunga. Buahnya bujur, 5 - 10 sm panjang , 2 - 4 sm lebar berwarna putih kekuningan. Isinya lembik dan berjus apabila masak, mengandungi biji yang banyak.

Mengkudu kecil mempunyai daun yang runcing, berukuran 12 - 17 sm panjang dan 3 - 4 sm lebar. Buahnya kecil, berukuran 2 - 2.5 sm panjang dan 1 - 1.5 sm lebar, berwarna kehitaman apabila masak.

Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pucuk daunnya juga boleh dibuat ulam-ulaman.

0 comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

~Semua Pesanan dan Pertanyaan akan dibalas dari jam 6.00 pm-11.00pm. Harap maklum =)

Name:
Email Address:
Contact No :
Delivery Address :
Item to Purchase :

This form powered by Freedback
 

BERITA TERKINI

Saya sedang mencari pengedar yang serius dan minat untuk menjadi sebahagian dari jaringan saya.

Saya juga menerima tempahan produk BSY Noni melalui blog.

Hubungi atau sms saya di talian
019-297 7142.

TERMA & SYARAT PEMBELIAN

Peringatan kepada pelanggan yang dihormati, sekiranya anda membuat pesanan melalui borang, dan email, sila check email untuk pengesahan order. Kami tidak akan balas melalui sms kecuali ada sebab-sebab tertentu. Order melalui sms akan dibalas melalui sms juga. Terima kasih=)

Ps: mohon maklumkan kepada kami jika anda sudah menerima barang, dan maklumkan kepada kami segera sekiranya barang tidak sampai dalam masa 5-7 hari. tq

SIAPA SAYA

Saya adalah stokis Perak yang sah untuk BSY Fed Noni.

Sertai saya untuk menjana pendapatan sampingan mahupun tetap.

Produk Noni telah digunakan sendiri oleh keluarga saya dan hasilnya amat berkesan sekali.

Silakan cuba dan rasakan sendiri khasiatnya..